Tuesday, October 26, 2010

Perkongsian Ilmu Islam: Adakah ia perlu diawamkan atau dikhususkan?


Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah tentu menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri. (Hamka)

 
Perdebatan, percambahan ilmu merupakan kriteria dakwah Islamiah. Adakah salah untuk berkongsi maklumat menerusi melalui fb,email atau blog atau ia seharusnya perlu dikhususkan kepada ahlinya sahaja?
 
Dalam meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini tidak dinafikan media maya banyak menyumbangkan percambahan ilmu dan adakalanya emosi orang yang termakan "cili" sering mengundang ayat-ayat yang tidak sepatutnya dikeluarkan. Penyampaian seseorang dalam menegakkan benang yang basah sudah menjadi lumrah tanpa disedari sebagai hamba Allah pastinya akan berlaku kekhilafan di mana bukan semua orang mempunyai ilmu yg sama dan tidak semestinya seseorang yang bergelar kupu-kupu malam tidak boleh masuk ke dalam syurga.
 
Sudah menjadi lumrah kehidupan bukannya mudah untuk mengakui kesilapan namun kita sebagai insan yang bergelar manusia harus menerima hakikat penentuan hukum itu harus kembali kepada Allah bukan ditangan kita yang digerakkan atas izinNya.
 
Terimalah hakikat yang manusia tak pernah lekang dari melakukan dosa sama ada sedar atau tidak. Beristghfarlah senantiasa agar dengan izinNya kita ditempatkan bersama-sama orang yang diredhhoiNya.
 
Jazakallah hukhairan kasira.

No comments:

Post a Comment