| MAHJUB DIRI |
Kata Syeikh Ibni Athoillah As-Kandary yang diterjemahkan oleh Tok Pulau Manis
Di dalam keadaan yang sepatutnya, sememangnya Allah Taala yang memiliki kesempurnaan(Kamalat) sifatnya, sudah pasti sekali tidak akan mungkin (terdinding)mahjub daripada pandangan mata hati hamba. Ia [Allah] dengan jelas sekali dapat dilihat dan disaksikan dengan musyahadah hamba yang memiliki hati yang bersih lagi suci. Ini adalah kedudukan hati seorang hamba dipandang dari segi asalnya. Semasa di Alam Arwah dulu, ruh-ruh manusia semuanya telah dapat menyaksikan dan memberi kesaksian kepada Allah dengan memperakukan bahawa Allah adalah Tuhan mereka apabila mereka ditanya di hadapan Allah.
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". [Al-A'raaf : 172]
Sesungguhnya yang mendinding atau menghalang pandangan untuk menilik kesempurnaan Allah ini adalah disebabkan kerana tebal dan kelamnya asap keinginan nafsu syahwat yang membutakan mata hati seseorang hamba itu. Kelamnya dan butanya mata hati ini adalah berpunca daripada
Maka adalah segala hijab itu dua perkara.
- Satu hijab [dari jenis] mata kepala dan [yang]
- keduanya hijab mata hati.
Dan hijab mata hati itu iaitu Aibmu yang [baru] mendatang. Apabila hilang ia, nescaya terbuka bagimu hakikat. Maka engkau lihat akan hakikat itu dengan ain(Ainul Yakin atau Ainul Basyirah).
Dapat difahami dari keterangan di atas bahawa mata zhohir kita memang kejadian asalnya memiliki banyak kelemahan dan kekurangan. Penglihatannya hanya terbatas kepada benda-benda yang kasar dan jarak yang dekat dan yang berada di hadapan sahaja.
Adapun mata hati atau disebut juga sebagai Qalbu atau disebut juga sebagai Ruh dari urusan Tuhan ini jika dilihat dari asal kejadiannya memang ianya mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk melihat Allah seperti firman Allah di atas [Al-A'raaf : 172]. Mata hati yang suci lagi penuh kerahsiaan ini telah dikotori dengan tuntutan keperluan basyariah(kemanusian seperti makan, minum dsb.), dan nafsu syahwat yang dilakukan oleh hamba yang lalai dengan melakukan perkara-perkara yang mengaibkan. Dengan ini tertutup dan lemahlah kekuatan mata hati ini untuk melihat akan hakikat[Allah]. Amatlah perlu bagi seorang hamba yang memiliki kesedaran ini, berusaha untuk mengembalikan kesihatan dan kemampuannya yang semula jadi.
Dan adapun hijab pada Haq Allah Subhabahuwa Taala itu maka iaitu mustahil tiada tasawwur(tiada terupa)....
Kalam hikmah di atas cuba membuka minda kita semua akan hukum akal yang berkaitan antara yang menjadi hijab dan yang dihijab di mana yang hukumnya yang menjadikan hijab itulah sebenarnya yang menguasai secara mutlak akan tiap-tiap sesuatu.
Sekiranya ada sesuatu yang boleh menutup pandangan mata hati seseorang untuk melihat sifat-sifat kesempurnaan Allah Taala, maka sudah tentulah sesuatu yang menjadi hijab itu lebih jelas dan nyata daripada Allah. Ini mustahil berlaku.
Begitu juga halnya jika ada sesuatu yang boleh menghijabkan seseorang daripada melihat Allah, maka sudah tentulah sesuatu yang menjadi hijab itu akan menjadi pengantara yang boleh menyampaikan kepada Allah. Manakan dapat sesuatu yang tiada mempunyai hakikat boleh bertukar menjadi yang ampunya hakikat.
Bila demikian, maka dari segi hukumnya; sesuatu yang boleh menyampaikan kepada sesuatu itu akan menjadi pemerintah yang berkuasa untuk menyampaikan kepada sesuatu yang diperintahnya. Maka ianya akan menjadi pemerintah yang akan mentadbir dan mengurus sesuatu yang di bawah pemerintahannya.
Oleh itu, tidaklah masuk akal dan tidaklah sah[benar] ada yang memiliki dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu itu selain daripada Allah Taala. Sesuatu selain daripada Allah itu adalah benda yang dijadikan. Bila dijadikan maka hakikat wujudnya ialah tiada. Dengan ini jelaslah Dialah[Allah] yang lebih nyata wujudnya kerana Dia(Allah) bisa membuka dan menutup atau bisa menzhohirkan dan meniadakan tiap-tiap sesuatu. Ini jelas dibuktikan dengan firmannya yang bermaksud: "Dan Haq Subhanahuwa Taala jua yang mengerasi[memerintah] ia atas segala hambaNya".
Dan iaitu wujud[Allah] adalah yang tiada menerima ia [akan]'Adam(tiada) bagi zatNya. Maka adalah Allah 'Azzawajalla itu
- dahulu(Qadim/sediakala) daripada tiap-tiap sesuatu dan;
- di atas tiap-tiap sesuatu dan;
- yang menzhohirkan bagi tiap sesuatu dan;
- serta tiap-tiap sesuatu dengan IlmuNya, QudratNya dan IradatNya. Dan;
- Mahasuci Allah Ia daripada dinisbahkan(dibangsakan) bagi zaman(masa) dan tempat.
Keterangan pengarang seterusnya adalah sebagai memperkuatkan hujah bahawa Allah itu di atas segala sesuatu itu Maha Meliputi.
Telah disahkan oleh ulama-ulama Mutakallimun yang mengenali Allah secara Ilmu Kalam atau Ilmu Usuluddin atau Ilmu Sifat 20 bahawa Zat Allah itu adalah Zat yang bersifat dengan sifat-sifat yang menafikan kekuranganNya atau perkara-perkara yang tidak layak padaNya. Sifat-sifat ini dinamakan sifat Salbiah di mana ianya adalah;
- Qidam ertinya sediakala yang bermakna Ada Allah yang tiada pemulaan.
- Baqa ertinya kekal yang bermakna Ada Allah yang tiada kesudahan/binasa.
- Mukholafatahu lil hawaadis ertinya bersalahan dengan sesuatu yang baru yang bermakna Wujud Allah yang tidak sama/serupa dengan yang lain sama ada ZatMya, SifatNya dan AfaalNya.
- Qiyamuhu binafsih ertinya berdiri Allah dengan sendiriNya yang bermakna
- tidak berhajat/berkehendak Allah kepada yang menempati ia padanya seperti menempati segala 'Aradh pada segala zat. Ini adalah kerana sememangnya Ia[Allah]adalah Zatnya bukan sifat;
- tidak berhajat kepada yang menjadikanNya bahkan Ia yang menjadikan segala sesuatu dan;
- tidak berhajat kepada Mukhosis iaitu sesuatu untuk menyempurnakan kekuranganNya kerana Allah bersifat telah bersifat dengan sifat kesempurnaan.
- Wahdaniah ertinya Esa Allah dengan makna
- Esa pada Zatnya,
- Esa pada Sifatnya dan
- Esa pada AfaalNya.
Dengan itu tiap-tiap sesuatu yang wujud pada Alam ini, adalah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Allah itu lebih jelas dan lebih nyata daripada segala sesuatu. Ini adalah pandangan di sisi mereka yang telah suci dan bersih hatinya dari aib-aib mazmumah dan cemar-cemar dosa. maksiat, penderhakaan kepada Allah. Jika anda tidak dapat menyaksikannya atau tidak dapat merasakan akan kewujudan Allah pada diri anda atau pada segala sesuatu yang lain yang ada di alam ini, itu adalah tanda hati anda telah mati lantaran dosa, aib, maksiat dan penderhakaan terhadap Allah.
Sebagai menyedarkan kita semua akan keistimewaan hati kita atau ruh kita, maka renungilah kata-kata Abu Bakar Maqthi;
Ruh ialah "perintah" Allah dan tidak termasuk di bawah kelas "yang diperintah" seperti malaikat, jin, binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Allah berfirman dalam surah Shod:72 yang bermaksud: "Aku hembuskan pada Adam daripada Ruhku". dan ayat 75 yang bermaksud:"Aku jadikan dia dengan kedua-dua tanganku iaitu Jalal[Keagungan] dan Jamal[Keindahan]. Manusia tidak dijadikan dengan ruh malaikat, jin, binatang dan lain-lain tempat adalah dengan hembusan Ruh Ketuhanan.
Allahu A'lam.
No comments:
Post a Comment