Tuesday, April 12, 2011

SEHARI 5 HADITH SAHIH

ILMU : AKIDAH AKHLAK

SEKADAR UNTUK BERHIBUR DI HARI RAYA

Dari Aisyah r.a katanya:”Ketika hari raya, orang-orang Habsyi datang ke masjid mempertunjukkan permainan pencak silat. Lalu Rasulullah s.a.w memanggilku dan kuletakkan kepalaku di bahunya. Aku ikut menonton pertunjukkan itu hingga aku puas melihatnya.” 
(Muslim)

ILMU : AKIDAH AKHLAK

HARI RAYA ; HARI UNTUK BERGEMBIRA

Dari Aisyah r.a katanya:”Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam peperangan Bu’ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka berkata Abu Bakar:”Kenapa sampai ada seruling syaitan di rumah Rasulullah s.a.w ?” Hari itu adalah hari’Id. Maka bersabda Rasulullah s.a.w:”Hai Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya (‘Id) dan hari ini adalah hari raya kita.”
(Muslim)
 
ILMU : IBADAH AKIDAH
 
KEMULIAN SYAHID FISABILILLAH
 
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Ditanyakan orang kepada nabi s.a.w, amal apakah yang sebanding dengan jihad fi sabilillah? Jawab nabi s.a.w:”Engkau tidak akan sanggup mengamalkannya!.” Orang itu bertanya kembali sampai dua atau tiga kali, namun nabi s.a.w tetap menjawab seperti itu. Terakhir baginda menjawab:”Perbandingan seorang mujahid fi sabilillah (pejuang yang menegakkan agama Allah) sebanding dengan orang yang puasa, mendirikan solat, patuh menjalankan ayat-ayat Allah, tidak berhenti puasa dan solat sampai si mujahid pulang dari medan perjuangan.”
(Muslim)

ILMU : AKIDAH AKHLAK

ORANG MUKMIN YANG KUAT LEBIH DIKASIHI ALLAH

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”
Riwayat Muslim

ILMU : IBADAH AKIDAH

UNSUR-UNSUR PENANIAYAAN

Dari Abu Hurairah r.a katanya: “Rasulullah s.a.w melarang orang kota (bandar) menjual barang dagangan orang desa (kampung); jangan menipu harga barang; jangan seorang kamu menjual menyaingi harga jualan saudaranya; jangan menawar sesuatu yang sedang dalam penawaran saudaranya; dan jangan seorang wanita meminta supaya diceraikan saudaranya (madunya) demi untuk membolot harta.” 
(Bukhari)

No comments:

Post a Comment