ILMU: IBADAH FIDYAH KIFARAH
IKAN DAN BELALANG BUKAN BANGKAI
Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Dihalalkan untuk kamu dua bangkai dan dua darah; Dua bangkai itu ialah ikan dan belalang dan dua darah itu ialah hati dan limpa.” Ibnu Majah, Ahmad
ILMU:AKIDAH AKHLAK
BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menyeksa haiwan dengan mengerat, mengoyak, mencabut atau mengelar mana-mana anggotanya, maka ditimpakan atasnya laknat Allah dan Malaikat serta manusia semuanya."
Ibn Umar r.a
ILMU:IBADAH FIDYAH KIFARAH
DHAB
Ibnu Umar r.a meriwayatkan katanya : “Rasulullah SAW ditanya mengenai Dhab, maka baginda bersabda : “Aku tidak memakannya dan aku tidak mengharamkannya. Dalam satu riwayat: “Rasulullah SAW didatangkan dengan Dhab, maka baginda tidak memakannya dan tidak pula mengharamkannya.”
Riwayat Muslim
ILMU:AKIDAH USULUDDIN
KEADAAN SESEORANG KETIKA SAMPAI AJAL
Dari Aisyah r.a katanya: "Aku melihat Nabi s.a.w semasa Baginda hampir wafat dan disisinya sebuah bijana berisi air, dan Baginda memasukkan tangannya ke dalam bijana itu lalu menyapu mukanya, sesudah itu Baginda berdoa: "Ya Tuhanku! Berilah aku pertolongan terhadap penderitaan-penderitaan maut atau Sakratul maut (yang sedang aku hadapi)".
Aisyah r.a
ILMU:AKIDAH USULUDDIN
KEADAAN SESEORANG KETIKA DALAM KUBUR
Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga perkara akan menurut orang mati ke kuburnya, kemudian dua daripadanya akan balik dan tinggal satu bersama-samanya - ia akan diturut oleh keluarganya, hartanya dan amalnya, kemudian keluarganya dan hartanya akan balik, dan tinggallah amalnya bersama-sama dengannya."
Anas bin Malik r.a
No comments:
Post a Comment