ILMU:AKIDAH AKHLAK
ADAB DAN TATATERTIB MELAWAT ORANG SAKIT
Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila kamu ziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengucap Amin terhadap apa yang kamu katakan itu."Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
Ummi Salamah r.a
ILMU:IBADAH PENGURUSAN JENAZAH
DIMANA IMAM BERDIRI KETIKA SOLAT JENAZAH
Samurah Ibnu Jundub r.a berkata : “Saya bersolat di belakang nabi SAW untuk jenazah seorang perempuan yang meninggal kerana nifasnya. Maka nabi berdiri bertentangan pinggang jenazah tersebut.”
(al-Bukhari dan Muslim )
ILMU: AKIDAH AKHLAK
GALAKAN BERPUASA SUNAT
Dari Aisyah r.a :” Bersabda Rasulullah s.a.w kepadaku pada suatu hari:”Wahai Aisyah! Adakah di sisi kamu sesuatu pun (untuk dimakan )?” Aisyah berkata:” Wahai Rasulullah! Tidak ada sesuatu pun (untuk dimakan)” Baginda bersabda “(Jika begitu) maka aku berpuasa”
(Muslim)
ILMU: AKIDAH AKHLAK
ELAKKAN BERKATA "KALAU"
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
Riwayat Muslim
ILMU: IBADAH AKIDAH
KELEBIHAN BERSEDEKAH
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
(Bukhari)
No comments:
Post a Comment