ILMU : IBADAH PUASA
FADHILAT PUASA ASYURA
Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu".
(Muslim)
ILMU : AKIDAH AKHLAK
MALU ITU
SEBAHAGIAN DARIPADA ISLAM
Dari Salim bin Abdullah r.a dari ayahnya, katanya:”Nabi s.a.w lalu di hadapan seorang Ansar yang sedang mencela saudaranya kerana saudaranya itu pemalu. Maka sabda rasulullah s.a.w kepadanya:”Biarkanlah dia! Sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman.”
(Bukhari)
ILMU : AKIDAH USULUDDIN
SIKSA KUBUR ITU BENAR
Dari Abu Ayyub r.a katanya:”Rasulullah s.a.w pernah keluar rumah sebelum Maghrib, maka terdengar oleh baginda suatu suara. Kata baginda: Itu suara Yahudi sedang disiksa dalam kuburnya.”
(Muslim)
(Muslim)
ILMU : AKIDAH AKHLAK
CARA TIDUR RASULULLAH
Dari Abdullah bin Masalamah r.a bahawa dia melihat Rasulullah s.a.w tidur terlentang di dalam masjid, salah satu kaki beliau terletak di atas yang lain.
(al-Bukhari)
ILMU : AKIDAH AKHLAK
JANGAN SOLAT
KETIKA MENGANTUK
Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w, sabda baginda:”Apabila seseorang kamu mengantuk ketika mahu solat, hendaklah ia tidur dahulu sehingga ia tahu apa yang dibacanya.”
(al-Bukhari)
No comments:
Post a Comment